BANTING,
30 Januari 2010 (Sabtu) - Haji Zailani menerima ahli keluarga yang ke-63 hari ini apabila cucu kedua, Mohd. Hassan Al Asyaari Bin Ismail selamat dinikahkan dengan pasangannya Aizatul Munirah binti Mohd. Mohsin tepat jam 2.40 petang di Masjid At-Taqwa, Banting Selangor.
Dinikahkan oleh ayahanda mertuanya yang merupakan wali pengantin perempuan dan di hadiri oleh 3 keluarga iaitu Haji Zailani dan keluarg, Hj Yaakob (ayahanda kepada ummi Hassan) dan keluarga pengantin perempuan sendiri dengan 3 kali lafaz, Hassan dan Munirah sah sebagai suami isteri.
KUALA LUMPUR,
3 Disember 2009 (Khamis) - Dr. Haji Hanif Haji Zailani sekali lagi bersiaran secara langsung dalam segmen "Bersama Doktor" di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, RTM1 hari ini pada jam 9.00-9.30 pagi.
MERIAH - PERHIMPUNAN KELUARGA HAJI ZAILANI
HUTAN MELINTANG,
28 November 2009 (Sabtu) - 57 daripada 62 orang ahli keluarga Haji Zailani telah berkumpul memeriahkan Majlis Perhimpunan Keluarga di kediaman Haji Zailani Bin Bauk di Kampung Sungai Manila Hutan Melintang.
Aktiviti di mulakan pada hari pertama Aidil Adha dengan penyembelihan seekor kambing untuk aqiqah yang disempurnakan oleh Dr. Haji Mohd Hanif Haji Zailani yang dibantu ahli keluarga dan beberapa orang penduduk setempat.
Pada pagi hari raya kedua, seekor lembu yang dikorbankan oleh anak sulung, Hashim Haji Zailani telah dikorbankan bersama 6 ekor lembu penduduk kampung yang lain di Masjid Saifudin Ahmad Iskandar Sungai Manila diikuti dengan Majlis Tahlil dan Jamuan Makan bersama penduduk kampung di halaman kediaman Haji Zailani.
Kemuncak majlis adalah pada malamnya dengan Bertakbir & Bertakhmid, acara membakar BBQ, ucapan dari anak-anak, menantu dan cucu, acara bertukar-tukar hadiah, persembahan nasyid dan sesi fotografi.
TELUK INTAN,
3 Oktober 2009 (Sabtu) - Besan Haji Zailani, ibu mertua kepada Puan Ramlah Haji Zailani, Allahyarhammah Hajjah Supiah Haji Salleh telah kembali kerahmatullah jam 6.00 petang tadi.
Semoga diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang bertaqwa.
AL-FATIHAH.
EMPAT CUCU HAJI ZAILANI TEMPUHI UPSR
HUTAN MELINTANG,
8 September 2009 (Selasa) - Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 bermula di seluruh negara hari ini.
Empat orang cucu Haji Zailani iaitu Khairunnisa' Binti Ismail, Mohd Nabil Emir Bin Sazahan, Nor Athirah Binti Mohd Haji Nasir dan Nurul 'Aqilah Binti Haji Ramlan menghadapi peperiksaan tersebut di sekolah masing-masing.
Semoga kesemuanya dapat menjawab dengan baik dan mencapai kejayaan yang cemerlang.
AHMAD AQLAN SYAMIL BIN AHMAD KAMIL CUCU KE-39
SEPANG,
21 Ogos2009 (Jumaat) - Cucu ke-39 Haji Zailani yang dilahirkan 17 Ogos 2009 telah dinamakan dengan Ahmad Aqlan Syamil Bin Ahmad Kamil (http://www.aqlan.net).
Kelahiranya telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara, Daerah Sepang, Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi.
Sementara itu, Cucu ke-38 iaitu cahaya mata ke-7 Ismail (Sulung bagi Pasangan Ismail & Ruinah) dinamakan Nur Alifah Binti Ismail.
CUCU SULUNG BERGRADUASI CUCU KE-39 DI TERIMA
HUTAN MELINTANG,
17 Ogos 2009 (Isnin) - Cucu Sulung Haji Zailani, Nurul Atiqah Binti Haji Mohd Nasir telah menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL) dalam Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia ke-43 di Skudai petang ini.
Tahniah Diucapkan.
Sementara itu, pada jam 17:17 hari ini 17 Ogos 2009, Hj Zailani dikurniakan cucu yang ke-39 iaitu anak ke-3 pasangan Ahmad Kamil Hj Zailani (Webmaster) dan Noraini Romlie, seorang bayi lelaki seberat 3.51 kg yang dilahirkan secara pembedahan di Hospital Putrajaya.
Cucu ke-38 Hj Zailani adalah Anak Sulung Pasangan Ismail Hj Zailani (Ke-7) dan Isteri Ke-2 Puan Ruinah yang lahir pada Jun 2009 yang lalu.
SPM 2008: AIZAT MENDAPAT 6A
SABAK BERNAM,
12 Mac 2009 (Khamis) - Ahmad Aizat Haji Mohd Nasir yang baru sahaja menamatkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Gopeng baru-baru ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2008 yang diumumkan hari ini.
Beliau mendapat 4A1, 2A2, 2B3 dan 1B4.
Berikut adalah keputusan penuh beliau.
A1 - Bahasa Melayu
A1 - Pendidikan Islam
A1 - Sejarah
A1 - Matematik
A2 - Fizik
A2 - Biologi
B3 - Bahasa Inggeris
B3 - Kimia
B4 - Matematik Tambahan
Tahniah diucapkan. Semoga dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
AHMAD AIZAT KE PLKN
GOPENG,
27 Disember 2008 (Sabtu) - Ahmad Aizat bin Haji Mohd Nasir yang baru sahaja mengambil peperiksaan SPM bulan lepas telah terpilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Gopeng bermula hari ini.
HAJI HANIF & HAJJAH NORIZAH TIBA DI TANAH AIR
KLIA,
23 Disember 2008 (Selasa) - Haji Dr. Mohd Hanif Haji Zailani dan Isteri Hajjah Norizah Haji Md Nor selamat tiba di tanah air tepat jam 10.47 malam menaiki pesawat Saudi Arabian Airline SV5004 setelah 53 hari di Tanah Suci menunaikan fardhu haji.