Deprecated: mysql_connect(): The mysql extension is deprecated and will be removed in the future: use mysqli or PDO instead in /home/kamilz/public_html/hjzailani/web/include/in_fungsi.php on line 22
HjZailaniNET® Laman Web Rasmi Keluarga Allahyarham Haji Zailani - 1998 - 2021 Tahun ke-23 - <br /> <b>Deprecated</b>: mysql_connect(): The mysql extension is deprecated and will be removed in the future: use mysqli or PDO instead in <b>/home/kamilz/public_html/hjzailani/web/include/in_fungsi.php</b> on line <b>22</b><br /> 77 ahli keluarga

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/kamilz/public_html/hjzailani/web/include/classolat.php on line 1193
Imsak Subuh Syuruk Duha Zuhur Asar Maghrib Isyak
05:38 05:48 07:05 07:35 13:09 16:11 19:13 20:21
Kuala Lumpur dan kawasan sewaktu dengannya.
Pelawat ke-
Deprecated: mysql_connect(): The mysql extension is deprecated and will be removed in the future: use mysqli or PDO instead in /home/kamilz/public_html/hjzailani/web/include/in_fungsi.php on line 22
108782 .
Belasungkawa: HjZailani 1932-2014. Al-Fatihah.... - Kuala Lumpur - Subuh 05:48 Syuruk 07:05 Zuhur 13:09 Asar 16:11 Maghrib 19:13 Isya' 20:21


eluarga Allahyarham Haji Zailani Bin Bauk merupakan sebuah keluarga yang diketuai oleh Tuan Haji Zailani Bin Bauk (Kembali kerahmatullah pada 8 Mac 2014, Al-Fatihah) yang dikenali dalam keluarga sebagai bapak (panggilan dari anak-anak dan menantu) atau pun embah lanang (panggilan dari cucu-cucu). Emak atau embah wedok adalah isteri Haji Zailani yang bernama Hajjah Supiatun Binti Haji Sidek. Keluarga ini bertapak di selatan negeri Perak Darul Ridzuan, iaitu daerah Hilir Perak di Kampung Sungai Manila Satu, Hutan Melintang, Perak.

Hajjah Supiatun dan Haji Zailani
Deprecated: mysql_connect(): The mysql extension is deprecated and will be removed in the future: use mysqli or PDO instead in /home/kamilz/public_html/hjzailani/web/include/in_fungsi.php on line 22

Haji Zailani dan Hajjah Supiatun mempunyai 10 orang cahaya mata yang terdiri daripada 7 putera dan 3 puteri. 10 orang ( 3 puteri dan 7 putera) daripada mereka telah berkeluarga.



Putera-puteri Haji Zailani dan Hajjah Supiatun (1983)

Sehingga kini ( September 2021 ), mereka berdua mempunyai 11 menantu, 46 orang cucu, yang terdiri daripada 22 putera dan 24 puteri, 5 orang cicit daripada 11 pasangan suami/isteri anak mereka dan 3 orang cucu menantu. Jumlah keseluruhan keluarga ini ialah 77 orang.

 


1 Mengumpulkan maklumat keluarga dan mengeratkan hubungan diantara ahli keluarga.
2 Menjamin hubungan yang berterusan dan mengelakkan terputusnya perkenalan antara ahli keluarga kerana meningkatnya bilangan ahli dari semasa ke semasa.
3 Menunjukkan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia hidup dengan aman dan harmoni.
4 Menjadikan keluarga haji zailani sebagai keluarga contoh kepada masyarakat.
5 Mewujudkan komunikasi diantara ahli keluarga Haji Zailani dan para pelawat laman web.
6 Memperbanyakkan laman web yang berkualiti dan berinformasi ciptaan rakyat Malaysia.
7 Menunjukkan bahawa agama Islam merupakan agama yang terbaik untuk membina keluarga yang bahagia.

 

eluarga Allahyarham Haji Zailani Bin Bauk adalah berpusat di Kampung Jawa, Sungai Manila 1, Hutan Melintang Perak. Berada di kedudukan peta dunia dengan Latitude 3° 46' 0N, Logitude 101° 5' 60E dan ketinggian 49 kaki dari aras laut, Kampung ini terletak di selatan negeri Perak kira-kira 50 km dari Bandar Teluk Intan, atau 130 km dari Bandaraya Ipoh. Kampung ini berhampiran dengan Sungai Bernam, iaitu sungai yang menyempadankan di antara negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Kampung Sungai Manila yang diketuai oleh Tuan Haji Khusni Bin Hamdi sekarang ( September 2021 ), telah dibuka pada awal tahun 1950-an sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan lagi. Menurut sumber yang boleh dipercayai kampung ini dibuka pada tahun 1953. Pengasasnya dalah terdiri daripada tiga (3) keluarga dan sehingga kini ahli keluarga ini masih menetap di kampung ini. Ketiga keluarga tersebut adalah keluarga Allayarham Haji Bajuri, Keluarga Allahyarham Haji Paimin dan keluarga Allahyarham Haji Sirol.

Keluarga Allahyarham Haji Zailani adalah kumpulan kedua yang memasuki kampung ini.


Pada awalnya, kampung ini dikenali sebagai Kampung Jawa dan kemudiannya ditukar kepada Kampung Sungai Manila. Sungai Manila adalah diambil daripada sebatang anak sungai yang terdapat di kampung ini, yang pada dahulunya mempuyai air yang jernih kebiru-biruan seakan-akan warna nila. Kini, kampung ini mempunyai beberapa kemudahan asas seperti masjid, sekolah rendah agama, taman bimbingan kanak-kanak, klinik desa, bekalan elektrik, telefon dan air.

Walaupun begitu, banyak lagi kekurangan-kekurangan yang terdapat di kampung ini, yang perlu di pertingkatkan untuk kampung ini maju seiring dengan perkembangan teknologi masakini untuk menuju zaman yang lebih mencabar.

 

Untuk berhubung dengan kami, boleh berhubung dengan menggunakan maklumat-maklumat dibawah:-

Teratak Kami Di Sungai Manila
(Mula Dibina Sebelum Merdeka)

ALAMAT

LOT 5519 KAMPUNG JAWA
SUNGAI MANILA SATU
36400 HUTAN MELINTANG
PERAK DARUL RIDZUAN
MALAYSIA

NO TELEFON Rumah: +605 - 6417669
PENGURUS WEB Nama Ahmad Kamil Bin Haji Zailani (Anak Ke - 9 Haji Zailani)
Emel admin DI hjzailani DOT net
Telefon +6019 - 2233706
Web http://kamilz.com

Enjin Carian HjZailani.NET® .
Saudara boleh mencari maklumat laman web ini dengan enjin ini.


2014-03-12
9 Jamadil Awwal 1435

© Hak Cipta Terpelihara Ahmad Kamil Haji Zailani ® - 1998-2021
Web: http://www.kamilz.com E-mel: admin DI hjzailani DOT net
Halaman ini diproses dalam masa 1.9691 saat.


Mengenali Keluarga KamiMengenali Ahli Keluarga KamiPendidikan Ahli Keluarga KamiKerjaya Ahli Keluarga KamiAlbum gambar keluarga kamiBerita Keluarga KamiLihat dan isi buku tamu kamiHimpunan Doa-doa seisi KeluargaLink ke laman-laman web berkaitan HjZailani.NET® Muhasabah diri dengan membaca artikel ilmuKe Halaman Utama www.HjZailani.NET?