Imsak Subuh Syuruk Duha Zuhur Asar Maghrib Isyak
05:40 05:50 07:07 07:37 13:12 16:16 19:16 20:25
Kuala Lumpur dan kawasan sewaktu dengannya.
Pelawat ke-061,949 .
Selamat Menempuhi 10 hari terakhir Ramadhan Kepada Seluruh Muslimin dan Salam AidilFitri... - Kuala Lumpur - Subuh 05:50 Syuruk 07:07 Zuhur 13:12 Asar 16:16 Maghrib 19:16 Isya' 20:25

Laman Web Keluarga Haji Zailani telah mula dibangunkan pada suku tahun ke-3, 1998 iaitu pada bulan Oktober 1998. Ia dibangunkan semasa pengurus laman web (webmaster) sedang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia Skudai dan menggunakan "plain html". Pada peringkat awal , alamat laman web ini adalah:
- http://www.angelfire.com/az/hjzailani
- http://welcome.to/hjzailani

Wajah Versi Pertama (1998) HjZailani.NET

Pada awal tahun 2001(sekitar Mac), laman web ini mula berubah wajah sedikit demi sedikit, namun masih menggunakan teknologi "plain HTML". Semasa ini, pengurus web baru menghabiskan pengajiannya di Universiti Teknolgi Malaysia, Skudai dan sedang menunggu keputusan akhir. Pada waktu ini, HjZailani.NET boleh dicapai di alamat http://www.hjzailani.cjb.net dan juga 2 alamat yang telah disebutkan diatas.

Pada bulan Mei 2001, proses perubahan antaramuka laman web ini telah siap 100%. Semasa ini, pengurus web sedang menyambung pengajiannya di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Penukaran wajah laman web ini juga adalah bertujuan untuk menyertai pertandingan "TOP 5 Cari" di http://www.cari.com.my untuk bulan September 2001. Namun HjZailani.NET tidak berjaya memenangi pertandingan tersebut.

Wajah Versi ke-2 (2001) HjZailani.NET

 

Selepas kegagalan dalam pertandingan "TOP 5 cari" bagi bulan September 2001, pengemaskinian antaramuka laman web ini terus dilakukan bermula sekitar November/Disember 2001. Laman web ini telah didaftarkan untuk menyertai pertandingan "TOP 5 Cari" bagi bulan Januari 2002. Dalam pertandingan ini, HjZailani.NET berjaya menduduki senarai "TOP 5 Cari Januari 2002" bagi kategori Laman Web Peribadi. Keputusan pertandingan ini boleh dicapai di :- http://www.cari.com.my/top5/results/012002/winnersPE.php

Wajah Versi ke-3 (2001/2002) HjZailani.NET

 

Selepas itu, HjZailani.NET terus dikemaskinikan. Pada pertengahan tahun 2002, laman web ini telah berubah menggunkan teknologi "Active Server Pages" (ASP). Pada peringkat awal, Sistem mengemaskini maklumat ahli keluarga telah dibangunkan, bagi memudahkan ahli keluarga mengemaskini maklumat mereka.

Pada 26 Ogos 2002, HjZailani.NET telah membeli nama "domain" http://www.hjzailani.net dan bermula dari pada hari ini, laman web ini telah menggunakan teknologi ASP sepenuhnya, dan maklumat didalam HjZailani.NET sentiasa terkini.

Wajah Versi ke-4 (2002/2003) HjZailani.NET

Pada Jun 2003, selapas pengurus web menghabiskan cuti berkahwin, Logo HjZailani.NET® dicipta. Logo dicipta berasaskan huruf 'H','J' dan 'Z' iaitu ringkasan daripada Haji Zailani yang membentuk bulatan yang bermasud satu keluarga dan membentuk bulan dan bintang bermaksud keluarga Islam.

Logo HjZailani.NET® (Jun 2003)


 

Sehingga ke hari ini, laman web ini sentiasa dikemaskini dari segi antaramuka dan kandungannya seperti yang saudara/i layari hari ini dengan lebih interaktif dan mesra pengguna.

Wajah Versi ke-5 (2003) HjZailani.NET

Oleh kerana harga server sewaan server yang mahal untuk teknologi ASP, HjZailani.NET® telah digantikan menggunakan teknologi pengaturcaraan PHP dan dipindahkan ke server lain pada April 2004. Namun antaramuka masih kekal menggunakan versi 5.

 

 

Enjin Carian HjZailani.NET® .
Saudara boleh mencari maklumat laman web ini dengan enjin ini.


2010-09-08
29 Ramadhan 1431

© Hak Cipta Terpelihara Ahmad Kamil Haji Zailani ® - 1998-2010
Web: http://www.kamilz.com E-mel: admin DI hjzailani DOT net
Halaman ini diproses dalam masa 0.6456 saat.


Mengenali Keluarga KamiMengenali Ahli Keluarga KamiPendidikan Ahli Keluarga KamiKerjaya Ahli Keluarga KamiAlbum gambar keluarga kamiBerita Keluarga KamiLihat dan isi buku tamu kamiHimpunan Doa-doa seisi KeluargaLink ke laman-laman web berkaitan HjZailani.NET® Muhasabah diri dengan membaca artikel ilmuKe Halaman Utama www.HjZailani.NET?